Tazkirah 2

•01/04/2012 • Leave a Comment

Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah (SAW) memberitahu melalui hadisnya yang bermaksud:

“Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).

1) Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia.

2) Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur.

3) Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya.

4) Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan

5) Kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”

Tazkirah 1

•11/10/2011 • Leave a Comment

Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a: Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda: ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan.’

Pengalaman di Dalian, China

•22/09/2011 • Leave a Comment

Baru-baru ini (13-19 September, 2011), kami rombongan daripada UUM menghadiri satu conference di Dongei University of Finance and Economics, Dalian, China. Kedudukan Dalian ini bersebelahan dengan Korea Utara. Rujuk google map. Conference ini dianjurkan oleh Academy for Global Business Advancement (AGBA) di bawah kepimpinan Prof. Dr. Zafar daripada University of Texas, USA. Aku (Hilal), Dr. Haim Hilman dan Prof. Dr. Mohammad Basir Saud daripada UUM. Kami menaiki China Southern Airlines daripada KLIA to Guangzhao dan dari Guangzhao ke Dalian. Perjalanan dari KLIA ke Guangzhao mengambil masa selama 3 jam setengah, begitu juga perjalanan dari Guangzhao ke Dalian. Transit di Guangzhao selama 2 jam.

Masalah utama kami di China adalah bahasa. Amat sukar nak hidup kalau tak tahu mandarin. Semua kena pakai bahasa isyarat sehinggakan nak pi bilik ayak pun aku kena berisyarat. Pening-pening. Masa tu, teringat, awatlah aku tak beli buku bahasa cina mandarin untuk tourist kat kedai buku, sebelah Menara Star Changlun. Bukan mahal sangat, dalam RM 10.00 aje. Nak jadi cerita, second day kami lapar, nak makan nasik. Nak makan nasik mana ada masakan halal. Nasib baik ada Chinese student yang jadi guide kami di sepanjang conference tu. Miss Jody namanya. Kami minta dia tulis dalam bahasa Cina restoran makanan halal-muslim food. Al-hamdulillah kami jumpa restoran cina muslim berdekatan dengan penginapan kami di Hotel Hanting. Masalahnya, apa kami nak cakap pada cina muslim itu. Nak makan apa? Semua bahasa yang kami tahu (melayu, inggeris, jawa, banjar, minangkabau, arab), telah kami gunakan untuk menerangkan cita rasa makanan kami dan apa yang kami mahu makan. Ambik masa juga – 15 minit. Tak faham-faham Cina Muslim tu. Alamak. Susah ni. Nak jadikan cerita kami berpakat nak makan ‘mutton’. Dr. Haim tanpa segan silu, bagi isyarat ‘mengembek-ngembek’ kat cina muslim itu. Dr. Basir Saud lukis rupa kambing. Barulah cina muslim itu faham. Nasik dengan masak ‘mutton’. Haiyaa manyak susah ooo mau makan kat China ni. Pengalaman, pengalaman.

Lanang Ngee Melik Anak Mak Su Yah Bendang Panjang Meninggal Dunia

•07/02/2011 • Leave a Comment

Assalamualaikum

Kerungu cerito lanang ngee Melik anak Mak Su Yah Bendang Panjang meninggal dunia, pokol 12 isuk, dino Ngahad, bengi Senen. Sakit jantong, kerungu neee.

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Rumah Pak Cik Mat Sarji Bendang Panjang Terbakar

•16/07/2010 • Leave a Comment

Berita sedih diterima pagi ini. 16 Julai, 2010, Jumaat, jam 10.00 pagi. Rumah Pak Cik Mat Sarji Bendang Panjang habis terbakar. Mohon bantuan ahli-ahli semua untuk membantu.

Terima kasih.

Jemputan Kenduri Arwah Pak Dar Jun 2010

•11/06/2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum

Suatu kenduri arwah Pak Dar akan diadakan menurut butiran di bawah:

1) Tarikh: 12 Jun, 2010 (Sabtu)
2) Masa: 9pm (lepas Isyak)
3) Tempat: Rumah Pak Dar di Kampung Sungai Mulia, Gombak.

Semua keluarga Marsan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Terima kasih.

Sudarno Abdullah (Mejar Bersara) Meninggal Dunia

•25/02/2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum,

Paman saya, Sudarna Abdullah (Mejar Bersara) telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur, jam 2 petang, Khamis, 25 Februari 2010 kerana serangan jantung. Beliau berumur 60 tahun.

Al-fatihah.

‘Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air ais dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.”

Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan, ACIS
Room 3030
Colgis
UUM
Sintok
Kedah Darul Aman